Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar berkata, dua hospital ber­kenaan adalah Hospital Dungun serta Hospital Besut dan usaha ke arah itu sedang dijalankan.

Beliau menjangkakan Hospital Dungun yang baharu akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini manakala Hospital Besut pula sedang giat mempersiapkan pelbagai peralatan dan kemudahan perubatan.

“Apabila dua buah hospital tersebut mencapai taraf hospital pakar kelak, ia menjadikan ke­semua empat buah hospital pakar di Terengganu termasuk dua sedia ada iaitu HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah) dan Hospital Kemaman,” katanya.

Dr. Mohamad berkata demikian dalam majlis Penyerahan Tugas Pengarah Kesihatan Negeri di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Beliau yang bakal menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa esok menyerahkan dokumen kepada penggantinya, Dr. Mohd. dalam upacara ringkas yang turut dihadiri pengarah-pengarah hospital daerah seluruh negeri, para pegawai perubatan dan kakitangan jabatan.

Sementara itu, Dr. Mohd. pula berazam untuk terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan taraf kesihatan di negeri ini de­ngan memperbaiki segala kelemahan yang ada seiring dengan tuntutan keadaan semasa.

“Saya juga berharap mendapat kerjasama serta sokongan daripada seluruh warga jabatan untuk kita teruskan kecemerla­ngan dalam menyediakan perkhidmatan pada tahap terbaik untuk rakyat,” ujarnya.