Dijayakan oleh Muhammad Arif Ahmad, Warikya A/P Eh Wang dan Aqillah Aminah Ishak, mereka membawakan Sketsa Ahli Sufi Pembela Rakyat yang mengisahkan perjuangan seo­rang ulama tempatan menentang penindasan penjajah.

Mereka meraih hadiah wang tunai RM3,000 manakala kumpulan Kisah Kita yang dianggotai tiga penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Abdul Muhamin Abdul Razak, Nurul Farah Ain Sharif dan Goh Zhie Yung mempersembahkan Sketsa Dulu, Kini dan Selamanya: Serikandi Gelang Merdeka yang mengisahkan seorang wanita menghulurkan gelang emas hadiah perkahwinannya untuk bersama membiayai pemergian Tunku Abdul Rahman ke London untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Dalam pertandingan tradisi tahunan anjuran Jabatan Pe­nerangan negeri itu, kumpulan Zabarjad dari Marang, menerima hadiah sagu hati sebanyak RM1,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Penerangan negeri, Nasrudin H. Mahmud dan Pengarah PSMZA, Mohd. Pauzi Ibrahim.

Pertandingan Pengisahan Negaraku 2017 bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pandangan serta pendapat mereka mengenai peristiwa bersejarah yang boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan jati diri bangsa melalui kesedaran sejarah.