Kayuhan Funride IPD Kemaman ini mendapat kerjasama Riders Outfit Community of Kemaman (ROCK), Majlis Daerah Kemaman (MPK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pelepasan para peserta Kayuhan Funride itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

MOHD. SAID IBRAHIM (enam dari kiri) bersama peserta kayuhan Funride IPD Kemaman sempena sambutan Har

MOHD. SAID IBRAHIM (enam dari kiri) bersama peserta kayuhan Funride IPD Kemaman sempena sambutan Hari Pllis ke-212 di Padang Astaka Kemaman hari ini. - UTUSAN ONLINE/ MUKHATARA A. RAHMAN

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Rezemi Mohd. Gunnos, Ketua ketua jabatan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu serta ketua-ketua jabatan IPD Kemaman.

Ketua Polis Daerah ini, Mohd. said Ibrahim berkata, sebanyak dua kategori kayuhan iaitu 30 kilometer (km) dan 12km bagi Vip.

Kayuhan sejauh 30 km itu melalui Kampung Binjai, Kampung Mak Lagam, Kampung Paya Berenjut, Kampung Geliga, Kampung Pengkalan Pandan sebelum kembali ke Padang Astaka.

Bagi kayuhan sejauh 12 km pula, ia melalui Kampung Tempurung, Kampung Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Jalan Kubang Kurus dan Masjid Sultan Ahmad sebelum kembali ke Padang Astaka.

“Program kayuhan funride ini diperbesarkan dengan penglibatan rider-rider pasukan polis dari seluruh Semenanjung Malaysia dan juga rider-rider orang awam dari Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Selangor dan Langkawi. Penyertaan tahun ini mencecah 1,086 orang peserta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

“Sebanyak 150 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk peserta kayuhan dan 20 hadiah cabutan bertuah untuk crew bertugas seperti barang kemas, basikal, TV, barangan elektrik, jam tangan dan voucher umrah sumbangan syarikat swasta dan kelab basikal daerah Kemaman.

Muhammad Ikhram Abdullah menjadi pengunjung paling bertuah apabila menerima hadiah utama cabutan bertuah berupa seutas rantai emas bernilai RM4,000 sumbangan Kedai Emas Siti Hawa, Raub, Pahang.- UTUSAN ONLINE