Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Saabi Wahab berkata, program itu merupakan acara tahunan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu (GLC).

“Seramai 356 orang pelajar tahfiz daripada lapan buah pusat tahfiz di daerah Kemaman menerima wang tunai dan cenderahati sumbangan EPIC Berhad,” katanya dalam majlis itu.

Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri yang juga Pengerusi KSB, Hanafiah Mat.

Saabi berkata, melalui sumbangan ini, diharap dapat meringankan beban mereka dan majlis ini juga melambangkan sokongan EPIC kepada mereka dalam aspek pembelajaran agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat di masa hadapan.

“Selain itu majlis ini juga diisi dengan ceramah agama, tahlil dan selawat. Ia turut diserikan dengan persembahan akuatik berunsur ketuhanan oleh Kumpulan Aeroplane,” katanya. - UTUSAN ONLINE