Pelajar-pelajar yang terpilih  berusia 18 tahun yang kesemuanya mendapat pendidikan peringkat menengah di negeri ini,  dan urusan pemergian dan keperluan mereka ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur.

NURAINI FITRI
NURAINI FITRI

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin memberitahu, mereka berjaya mengharungi beberapa peringkat saringan dan berlepas ke sana selepas menjalani peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu

HAFIZ HAZMIRUL
HAFIZ HAZMIRUL

Para pelajar itu termasuklah Abdul Syukur Maarudin, Nurani Fitri Sayuti dan Nur Azreen Amirah Aziz yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu serta Hafiz Hazmirul Zainuddin yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin.

“Dua lagi  ialah bekas pelajar SMK Lembah Bidong dan SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Zainun Abdullah serta Siti Aisya Athirah Hassan,” katanya sewaktu Bicara Ilmu Warga Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Bersama Pengarah Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, di sini hari ini.

Menurut beliau, program pertukaran pelajar ke luar negara merupakan salah satu program terbaik dalam memberi semangat dan jati diri kepada pelajar termasuk para guru untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

ABDUL SYUKUR
ABDUL SYUKUR

“Kejayaan para pelajar ini  merupakan hasil kesungguhan dan inisiatif para guru yang gigih membimbing dengan keinginan untuk melihat anak didik mereka mendapat ilmu dan pengalaman yang berbeza.

Program YES di bawah kelolaan kerajaan Amerika Syarikat menyediakan biasiswa kepada pelajar yang menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan dari negara-negara majoriti  Islam untuk belajar di negara itu sambil tinggal bersama keluarga angkat.

Mereka akan dilibatkan dalam pelbagai kegiatan sebagai pendedahan untuk mempelajari nilai kehidupan masyarakat negara itu di samping berperanan sebagai duta kecil bagi memperkenalkan negara dan budaya. - UTUSAN ONLINE