Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis erimin 5 dan pil kuda sejak dua tahun lalu.

Hasil perbincangan dengan pegawai pemulihan AADK Besut itu, bapa berkenaan bersetuju supaya anak ketiga dihantar menjalani pemulihan di Klinik Cure & Care Kota Bharu Kelantan, Kelantan.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, remaja itu mengaku terjebak dengan najis dadah akibat pengaruh kawan.

"Tindakan bapanya harus dipuji dan kemasukan ke Klinik Cure & Care di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, Pindaan 1998 itu tidak melalui proses perundangan.

"Remaja itu memberikan persetujuan baik untuk ditempatkan selama 2 tahun di Klinik Cure & Care yang memberi peluang kepada individu yang bekerja, masih bersekolah, pelajar kolej/universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah," katanya. - UTUSAN ONLINE