Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah itu bagi meminimumkan risiko bencana di samping melancarkan proses penyaluran bantuan dan pemidahan.

Katanya, daerah ini yang mempunyai jaluran pantai memanjang dari Cendering ke Rantau Abang, kawasan penempatan berhampirannya juga akan terdedah kepada bencana itu dengan fenomena air pasang besar dijangka berlaku sepanjang musim tengkujuh nanti.

“Kita mahu semua agensi terlibat peka dengan persekitaran dan cuba meminumkan risiko banjir di kawasan yang terdedah dan kritikal, malah ada kawasan yang boleh ditangani lebih awal agar tidak berulang,”ujarnya yang juga Ketua UMNO bahagian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Makan Malam Bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah, Zainal Abidin Mohamed dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Rozali Salleh.

A. Latiff juga berharap, selain masalah banjir, jawatankuasa itu akan turut memberi perhatian terhadap pengurusan bencana lain seperti kebakaran dan tanah runtuh. - UTUSAN ONLINE