Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebarang punca yang dikaitkan di setiap kawasan terjejas perlu ditangani untuk mengurangkan impaknya.

“Biasanya banjir akan berlaku jika hujan lebat turun dalam tempoh lima hingga enam hari,ini tidak...baharu dua hari dah berlaku banjir besar.

“Jadi saya minta JPS melihat apa permasalahan yang menyebabkan perkara ini berlaku, mengenal pasti punca dan mencari penyelesaiannya,”kata Ahmad Razif.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit,Telemong petang ini.

Terdahulu,beliau turut melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Seri Budiman,Kampung Kepah dan di Tengkawang.

Yang turut hadir, sama isteri beliau, Toh’ Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Datuk Rozi Mamat; ADUN Ajil, Ghazali Taib; Pegawai Daerah, Azmi Razik dan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri,
Azlimin Mat Nor.

Beliau juga khuatir sekiranya projek-projek pembangunan yang sedang dijalankan termasuklah sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca mempercepatkan banjir melanda.

Walaubagaimanapun,beliau berkata situasi banjir di negeri ini masih dalam keadaan terkawal. - UTUSAN ONLINE