Pemberian kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dilakukan dalam program Minggu Sukan Seberang Takir ‘Cikgu Razif Bersama Komuniti’ di Dataran Permata, Seberang Takir di sini.


Turut menemaninya ialah ayah dan ibunya, Ibrahim Yunus dan Zarina Mohd. Kasim.


Hadiah tersebut bagi memudahkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin itu yang berasal dari Kelantan mengikuti pengajian secara atas talian di rumah tanpa perlu sentiasa ke kelas.


Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keistimewaan kepada Ahmad Faiz yang menunjukkan keupayaan fizikal yang amat terbatas tidak melemahkannya untuk mencapai kecemerlangan.


Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh meminta UniSZA memperkasakan platform pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC).-UTUSAN ONLINE