Kursus tiga hari yang berakhir hari ini diadakan di Bengkel Kemahiran Kemas Kampung Nyiur Tujuh dengan turut disertai peserta kelas kemahiran Kemas.

Penyelaras kursus, Md. Sapavi Md. Arshad berkata, kursus itu bertujuan membuka peluang golongan sasar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan untuk dimanfaatkan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga masing-masing.

PESERTA kursus kemahiran masakan bakeri 'Quick Win' anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Besu

PESERTA kursus kemahiran masakan bakeri 'Quick Win' anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Besut sedang menyiapkan tugasan mereka di Besut, Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Peserta juga didedahkan kepada penyediaan, pembuatan makanan dan pembungkusan di samping motivasi keusahawanan serta asas akaun dan kira-kira,” katanya hari ini.

Menurut Md. Sapavi, semua peserta yang berjaya menamatkan kursus menerima peralatan pengadun dan ketuhar untuk membantu mereka meneruskan aktiviti tersebut di rumah. - UTUSAN ONLINE