Sumbangan alat tulis tersebut yang mendapat kerjasama Gemilang Emas Construction dan Omar Tebrau Enterprise bertujuan membantu masyarakat menerusi agenda pendidikan dan kebajikan.

Alat tulis berkenaan diserahkan kepada 111 calon UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Maju Jaya, 186 calon di SK Cahaya Baru dan 39 calon di SK Taman Johor Jaya 5.

Pemberian tersebut juga diharapkan dapat memberikan motivasi kepada calon-calon UPSR dalam menduduki peperiksaan itu dengan cemerlang dan berjaya.

AHLI GM1M dan Belia Sahabat Tebrau bersama murid-murid dari tiga sekolah ketika menyumbangkan alat tulis kepada calon UPSR 2017 di SK Kampung Maju Jaya, Pasir Gudang, baru-baru ini.