Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) WUC, Wan Mohammad Nazri Wan Mat berkata, program tersebut bertujuan membantu mangsa pasca banjir bagi meringankan beban terutama membersihkan persekitaran rumah yang terjejas akibat bencana itu.

“Mereka terdiri daripada ahli MPP dan ahli Kelab Kerja Sosial WUC yang secara sukarela membabitkan diri menjayakan misi dalam menyumbang tenaga untuk membantu mangsa banjir.

Menurut Wan Mohammad Nazri, program sukarelawan seperti ini banyak memberi manfaat dan pengalaman kepada mahasiswa yang melibatkan diri di samping dapat berkongsi serta merasai keperitan dilalui mangsa.

Tambahnya, program selama sehari itu turut di bantu oleh penduduk setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong royong mem­be­r­sihkan kawasan di sekitar Masjid Kampung Tebat yang terjejas.

“Selain itu, sumbangan peng­agihan bantuan seperti beras dan gula turut diedarkan kepada 60 buah keluarga.

“Penyerahan bantuan diagihkan secara bersama dengan Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG) SK Pelak dan pihak Widad Education Sdn. Bhd.,” jelasnya.