Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

STEM: Tahap penguasaan pelajar masih rendah

A. Latif Awang
A. Latif Awang

KUALA TERENGGANU 14 Mac – Ke­­rajaan negeri akan terus memberi penekanan bagi merangsang minat dan meningkatkan penguasaan pelajar di negeri ini dalam bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang masih berada pada tahap rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latif Awang berkata, perhatian serius perlu diberikan berikutan hanya 40 peratus pelajar mene­ngah atas direkodkan berkemampuan menguasai STEM.

“Sedangkan sasaran penguasaan 60 peratus pelajar dalam program itu perlu dicapai menjelang 2020. Sehubungan itu beberapa langkah baharu akan diambil termasuk melalui kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mempromosikan lagi STEM dalam kalangan pelajar,” katanya selepas merasmikan Program Mentor Mentee STEM 2017 di UMT, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Naib Cancelor UMT, Prof. Datuk Nor Aeini Mokhtar dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat perlu untuk mengukuh­kan ekonomi negara, selain berkepentingan bagi pelajar untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.

“Beberapa langkah diambil bagi mening­katkan penguasaan melalui pelbagai ak­ti­viti termasuk la­tihan dan teori berasaskan sains dan teknologi dengan pendekatan lebih kreatif,” katanya.

Sementara itu, Nor Aeini berkata, program Mentor Mentee STEM UMT memfokuskan enam modul utama terma–suk bahasa Inggeris dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.

Katanya, modul yang didedahkan kepada pelajar itu akan dibukukan, selain merancang menubuhkan asasi STEM yang disasarkan pada tahun depan.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain