Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPM Terengganu meningkat

SPM Terengganu meningkat
PENGARAH Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin (tiga, kiri) menyerahkan sijil kepada pelajar cemerlang SPM di negeri ini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 16 Mac - Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Katanya, dua calon iaitu Husna Mardhiyyah Mohd. Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (9A+) muncul sebagai calon terbaik.

“SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus berada pada kedudukan teratas dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini sebentar tadi.

Seramai 18,304 calon SPM negeri ini tahun lalu.

Menurut Shafruddin, bagi pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain