Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPM Kelantan menurun

Keputusan SPM di sekolah di Kelantan
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bagi negeri Kelantan sedikit menurun apabila mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 5.09 berbanding 5.03 pada 2015. - UTUSANONLINE/ROSNI MASRI/GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU 16 Mac - Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bagi negeri ini sedikit menurun apabila mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 5.09 berbanding 5.03 pada 2015.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, peratusan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran turut menurun iaitu satu peratus pada 2016 berbanding 1.41 peratus pada 2015.

Bagaimanapun kata beliau, jumlah sekolah yang lulus 100 peratus meningkat apabila mencatat 25 buah sekolah berbanding 24 buah sekolah pada 2015.

“Sebanyak 49 buah sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN manakala 68 buah sekolah menunjukkan peningkatan GPS dengan mata terbaik ialah 1.81.

“Sekolah dengan GPS terbaik 1.81 ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra,” katanya dalam majlis pengumuman keputusan SPM 2016 di Tunjong, di sini hari ini.

Seramai 31,267 calon telah menduduki SPM 2016 dengan 23,398 calon dari sekolah bantuan kerajaan, 5,013 calon sekolah agama kerajaan negeri Yayasan Islam Kelantan (YIK), 791 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan 1,974 calon persendirian. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain