Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, pencapaian tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.10 mata.

“Berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM iaitu dari 2012 hingga 2016, GPN negeri Johor dapat mengatasi GPN nasional,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pendidikan Negeri Johor, di sini sebentar tadi.

Sementara bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang pada kali ini, beliau berkata, seramai 1,015 atau 2.23 peratus mendapat gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,099 (2.42 peratus) dalam SPM 2015.

Beliau berkata, seramai 52,617 calon SPM 2016 di negeri ini boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) 15888 bermula pukul 10 pagi ini hingga 6 petang 22 Mac atau melayari www.lp.edu.my. - UTUSAN ONLINE