Pengerusi Alumni SK Chat, Datuk Mohd. Baharin Harun berkata, majlis pertemuan semula itu yang diadakan di sekolah tersebut kelmarin dapat mengeratkan kembali hubungan bekas murid yang menimba ilmu di situ sekitar tahun 60-an hingga 70-an.

“Pertemuan pertama ini mengimbau nostalgia di sekolah ini apabila ahli alumni yang hadir dapat beramah mesra sehingga ada yang menitiskan air mata ketika berjumpa sahabat lama.

“Kami mengundang bekas murid sekolah ini dari seluruh negara menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Instagram serta WhatsApp selain menyampaikan pe­sanan menerusi rakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berke­naan.

Yang hadir sama menyerikan proram itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Nor Ahmad Abdul Rahim dan Guru Besar SK Chat, Asma Mohd. Yassin.

Menurut Mohd. Baharin, terdapat ahli alumni yang berasa sebak melihat gambar lama mereka ketika belajar dalam usia kanak-kanak yang dipamerkan di galeri sekolah berkenaan.

“Diharapkan selepas ini alumni dapat menyumbangkan bakti kepada sekolah ini menerusi bidang kepakaran masing-masing untuk membantu kecemerlangan murid dalam bidang akademik, kokurikulum serta bina insan,” katanya.