Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr. Mohamad Kassim Ibrahim berkata, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan peningkatan dari segi kualiti iaitu 5.64 berbanding 5.66 pada tahun 2015.

Malah menurutnya, sebanyak 10 buah sekolah menunjukkan pencapaian sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) antaranya Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu; SM Sains Lahad Datu, SM St. Micheal; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah; SM Ugama Islamiah, Tawau; serta SMK Agama Kota Kinabalu.

“Dua pelajar masing-masing dinobatkan pelajar paling cemerlang iaitu Gan Min Hong dari SMK Agaseh, Lahad Datu mendapat 8A+, 3A serra Aerissa Hui Yan Yue dari SMK Sung Siew, Sandakan dengan keputusan 7A+, 2A, 2A-,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2016 di SMK Agama Tun Ahmadshah di sini hari ini.

Mohamad Kassim mengumumkan keputusan itu mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul. - UTUSAN ONLINE