Malah, suspek berusia 41 tahun itu bertindak memecahkan mesin tersebut gara-gara tidak berpuas hati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menerima arahan daripada Pusat Kawalan Daerah mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk di bank tersebut.

Katanya, setibanya di bank tersebut, suspek telah beredar namun memaklumkan kepada pengawal keselamatan bahawa akan datang semula pada pukul 2 petang dan mengamuk sekiranya tidak dapat mengeluarkan wang.

“Pada pukul 2 petang, suspek telah kembali dan setibanya angggota URB, lelaki terbabit berada di hadapan bank sambil memegang pisau. Salah seorang anggota URB cuba menenangkan suspek kira-kira 20 minit namun lelaki terbabit bertindak agresif dan mengejar anggota sambil cuba menikamnya dengan pisau.

“Bagi mempertahankan diri anggota terbabit dengan seorang lagi rakannya daripada unit sama telah melepaskan empat das tembakan dan dua daripadanya mengena bahagian perut suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE