Ketua Pegawai Eksekutif, Khairani Mohamed berkata, pelaksanaan ‘dual loop’ antara pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi itu melibatkan tujuh daripada 58 tren yang beroperasi dari Stesen LRT Gombak dan berpatah balik ke Stesen LRT Ara Damansara.

“Sebelum ini semua tren hanya akan berpatah balik apabila sampai ke stesen terakhir iaitu Putra Height. Bagaimanapun, bermula Selasa ini, orang ramai dapat menikmati penjimatan tempoh menunggu dari 180 hingga 90 saat melalui pelaksanaan ‘dual loop’ pada waktu puncak.

“Inisiatif itu diambil bagi menampung permintaan tinggi sehingga mencecah 290,000 penumpang setiap hari sekali gus mengurangkan kesesakan di stesen berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan Plan operasi laluan Kelana Jaya di Kompleks Rapid Rail Subang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE