Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Chong Chee Ho, 24, sebelum itu dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Suzuki RG Sport dari arah Taman Aman di sini menuju ke sebuah simpang keluar ke Jalan Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supertintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan keluar daripada simpang berkenaan namun pada masa sama lori terbabit berada di laluan utama menuju ke arah Klang. 

"Akibatnya, pemandu lori gagal terbabit gagal mengawal kenderaan dan melanggar mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini semalam. 

Tambah Nor Azmi, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. 

"Bagaimanapun, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah membuat laporan di Balai Polis Trafik Sabak Bernam," katanya yang turut memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE.