Khairul Anuar Hashim, 26, yang pada mulanya menawarkan diri kepada rakan-rakannya untuk berenang bagi mengambil bola itu, lemas ketika berada di tengah tasik.

“Ketika dah nak sampai pada bola, Khairul tiba-tiba lemas, kami tidak mampu melakukan apa-apa, kami menjerit meminta pertolongan dan kemudian menghubungi bomba,” katanya salah seorang rakannya yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.11 malam dan tiba di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Katanya, seramai 37 anggota dan pegawai termasuk dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi bagi mengesan mangsa.

“PPDA menemukan mangsa pukul 2.35 pagi di dasar tasik yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter selain jarak mangsa daripada tebing hampir 15 meter.

“Operasi menyelamat menghadapi sedikit kesukaran berikutan tasik ini berselut dan cuaca gelap,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE