Program tersebut dianjurkan bersama oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan DHL Malaysia.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penganjurannya bertujuan memastikan kehijauan landskap bandar raya ini dipelihara meskipun pesat dengan arus pembangunan.

“Dalam program ini, DHL Malaysia menyumbang wang tunai sebanyak RM49,000 kepada MBSA bagi menjayakannya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Ahli Majlis MBSA, V. Papparaidu @ Raidu yang turut dihadiri Pengurus Besar Operation Excellence DHL Supply Chain, K. Viknasingam.

Kira-kira 320 peserta mengambil bahagian terdiri daripada warga kerja DHL Malaysia, kakitangan MBSA, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), murid sekolah dan sukarelawan. - UTUSAN ONLINE