Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja maut dilanggar lori

lori langgar

KUALA LANGAT 14 Sept. - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah lori di Kilometer 20 Jalan Klang-Banting-Port Dickson di sini pagi ini.

Mangsa, Sabran Tahir, 45, bekerja di sebuah kilang di Klang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.16 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM Bonus SR 110 dalam perjalanan dari Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun yang berada bersebelahan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Azizan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain