Ketua Jabatan Kejuruteraan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. ( Litrak), Francisco Anthony Doss memberitahu, perubahan laluan itu akan dilakukan selama tiga bulan sebagai kajian awal.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut pihaknya akan mendapat maklum balas daripada pengguna mengenai keberkesanan skim trafik baharu itu.

“Trafik dari Puchong melalui jalan susur ke Jalan SS7/3 akan ditutup dan pengguna perlu menggunakan Jambatan Bertingkat Jalan Majlis kemudian membelok ke kiri (Jalan SS7/9) menghala ke arah Jalan SS7/3.

“Manakala trafik dari Kelana Jaya dan Kepong ke Jalan SS8/8 juga akan ditutup dan perlu membelok kiri ke Jalan Majlis kemudian membuat pusingan U menghala ke arah Jalan SS8/8,” katanya pada sidang akhbar mengenai kajian trafik di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE