HARIS KASIM
HARIS KASIM 

Haris yang berada di jabatan itu sejak Januari 2015 menggantikan Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan berkuatkuasa 7 Januari lalu.

Selain itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad Tarmizi juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor berkuatkuasa 10 Mei lalu.

Majlis Penyampaian Amanat dan Surat Pelantikan bagi pentadbiran kerajaan negeri itu dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya di pejabatnya.

Sementara itu, Haris ketika dihubungi berkata, beliau hanya mengetahui lantikan itu pada Selasa lalu.

“Bagaimanapun, saya mendapat pelepasan daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan tugasan di JAIS sehingga 31 Mei ini terutama dalam urusan ihya Ramadan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya akan memulakan tugas sebagai Datuk Bandar bermula 3 Jun hadapan,” katanya,

Ditanya mengenai individu yang akan menggantikannya, Haris memaklumkan tidak mengetahui calonnya. - UTUSAN ONLINE