Dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 malam itu, bomba terpaksa menggunakan khidmat jentera Back Hoe bagi mengangkat lembu tersebut disebabkan ruang perigi yang kecil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata, lapan anggota digerakkan bagi menjayakan operasi tersebut.

“Sesampai di lokasi kita mendapati perigi terbabit berkedalaman enam meter dan kaki lembu tersangkut. Lembu itu kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan Back Hoe,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE