Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

50,000 alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah dijemput sertai ‘Selangor Harbour Run 2017’

OB KLANG
ORANG besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir (empat dari kanan) bersama wakil Penyelaras Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad (lima dari kiri) menunjukkan isyarat bagus sempena perasmian Selangor Harbour Run 2017 di SMK Tengku Ampuan Jemaah, Klang hari ini.-UTUSAN ONLINE

KLANG 14 Julai - Seramai 50,000 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Jemaah dijemput menyertai serta memeriahkan Selangor Harbour Run 2017 yang dijadual berlangsung pada 24 September ini.

Presiden Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah, Ahmad Mansor Sa Abu Hassan berkata, larian itu merupakan program pertama yang dianjurkan pihaknya yang mana ia bukan sekadar untuk memupuk aktiviti kecergasan semata-mata tetapi untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di kalangan bekas pelajar sekolah berkenaan. 


“Sebelum ini, bekas-bekas pelajar hanya dipertemukan melalui majlis makan-makan. Tetapi pada tahun ini kita buat sedikit kelainan dengan mengadakan program larian di sekitar kawasan Pelabuhan Klang. 


“Sebanyak tiga kategori larian diwujudkan sempena program Selangor Harbour Run 2017 iaitu 10 Kilometer (Km), 5km dan 700 meter,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian Selangor Harbour Run 2017 di SMK Tengku Ampuan Jemaah di sini hari ini. 


Majlis perasmian itu disempurnakan Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir dan dihadiri wakil Penyelaras Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad. 


Tambah Ahmad Mansor Sa, selain dikenakan yuran RM50, bekas-bekas pelajar sekolah itu turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sempena larian itu yang terbuka kepada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. 


Bekas-bekas pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah yang berminat menyertai larian itu boleh menghubungi wakil sekretariat larian itu, Azzizan Ibrahim di talian 0173159549 atau Adam Prakash di talian 0105076749. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain