Pengasas Persatuan Seni Bela Diri Tae Kwan Do Malaysia, S. Edwin berkata, objektif utama penganjuran adalah membantu dan melahirkan atlet berdisiplin tinggi untuk negara pada masa depan.

“Tae kwan do merupakan sukan seni mempertahankan diri yang mendapat sokongan hangat daripada peserta, ibu bapa serta masyarakat.

“Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur dari sembilan daerah di seluruh negeri,” katanya kepada pemberita di sini. 

Yang hadir sama ialah Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz.

Edwin berkata, kejohanan tersebut melibatkan 200 sekolah termasuk pelajar sekolah menengah dan rendah terdiri daripada pelbagai kaum. 

Katanya lagi, sukan berkenaan mempunyai markah tersendiri bagi kokurikulum untuk membantu pelajar memasuki pusat pengajian tinggi pada masa depan. 

“Apa yang lebih menarik, tae kwan do bukan sahaja seni bela diri untuk bertempur tetapi juga membentuk disiplin dan jati diri pelajar. 

“Kita berharap seni bela diri ini mengukuhkan perpaduan antara rakyat kerana ia mementingkan semangat hormat menghormati dan kerjasama,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE