Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

20,000 warga Shah Alam banjiri rumah terbuka UMNO Shah Alam

IMAM MASJID 2
IMAM Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani Al-Hafiz (barisan belakang dua dari kiri ) dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari (belakang tiga dari kiri ) bergambar bersama orang ramai yang hadir ke rumah terbuka UMNO Bahagian Shah Alam di Seksyen 7 di sini malam semalam.-UTUSAN

SHAH ALAM 16 Julai - Majlis rumah terbuka UMNO Bahagian Shah Alam di Seksyen 7, di sini malam tadi memperlihatkan kelainan apabila menampilkan Imam Besar Masjid Aba’ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani Al-Hafiz sebagai tetamu kehormat.

Ternyata kehadiran Syeikh Mohammad Sharif menjadi antara tarikan utama selain pelbagai juadah yang dihidangkan sehingga berjaya mengumpulkan seramai 20,000 tetamu.


Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, beliau teruja apabila puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa berkumpul dalam satu majlis tahunan anjurannya bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat.


“Majlis ini adalah program tahunan yang kita anjurkan bagi mengeratkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di bawah Parlimen Shah Alam sempena Aidil Fitri yang mulia dan kehadiran orang ramai adalah seramai 20,000 orang.


“Ini adalah satu manifestasi rakyat Malaysia di mana walaupun berbilang bangsa, tetapi kita boleh menghormati dan turut sama merayakan sambutan perayaan mana-mana kaum di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam semalam.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain