Salah satunya Hentian Putra yang cukup bermakna dan meninggalkan nostalgia terutama kepada orang-orang pantai timur.

Apabila kerja-ker­ja me­robohkan hentian tersebut dijalankan sejak minggu lalu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan, pelbagai perasaan dikongsi mereka- sedih, pilu tidak kurang mengalir air mata.

Semua itu hanya tinggal kenangan.

Di tapak Flat Pekeli­ling juga kini giat dijalankan kerja-kerja meratakan tapak untuk pembangunan dan sudah pasti Hentian Pekeli­ling yang terletak di kawasan berhampiran juga bakal me­nerima nasib sama.

Sesiapa pun perlu me­nerima hakikat. Jika dahulunya tidak sesibuk mana, hari ini hampir seluruh peta Kuala Lumpur dipenuhi lakaran bangunan pencakar langit, projek-projek yang giat dilaksanakan dan sistem pengangkutan yang semakin canggih.

Kedudukan ekonomi ya­ng kukuh diakui memberi impak besar kepada pembangunan.

Kesan turut dirasakan dalam aspek pengangkutan. Jika dahulu hanya bas Leng Seng dan Sri Jaya menjadi pengangkutan awam utama, kini warga kota beralih pula kepada sistem aliran ringan (LRT), KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Massa (MRT). Limpahan pembangunan ini turut dinikmati di kawasan-kawasan pinggir bandar raya terutama di Taman Melati, Gombak.

Bagi penulis, Taman Melati, me­nyimpan seribu satu kenangan. Kira-kira 20 tahun lalu di salah sebuah perumahan awam di situlah penulis menyewa rumah.

Jika dahulu kawasan tersebut agak ketinggalan, hari ini di kiri kanan dipenuhi pelbagai projek perumahan dan komersial.

Bagi penulis Kuala Lumpur bagaikan merakam sejarah dan pembangunan.

Hakikatnya, apabila satu persatu hanya tinggal kenangan, bermakna ia menjadi penanda aras kepada kemajuan negara.