Bom dalam keadaan separuh terbenam ditemukan oleh seorang penduduk ketika sedang membersihkan ladangnya, dan kemudian melaporkan kepada Pejabat Felda Neram 1.

Komander Unit Pemusnahan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintendan (ASP) Amin Sidek berkata, ini merupakan penemuan kedua bom di kawasan itu selepas penemuan pertama pada 12 Mac lalu.

“Proses pemusnahan bom berkenaan dijalankan pada pukul 2 petang melibatkan seramai tujuh pegawai dan anggota daripada IPK Terengganu dan IPD Kemaman,” ujarnya.

Berikutan itu beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh atau mengalih jika terjumpa sebarang objek mencurigakan serta perlu segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai jangan cuba untuk berbuat sesuatu sekiranya terjumpa bahan seumpa itu. Kita khuatiri bom yang ditemui mudah meletup disebabkan oleh keadaannya yang sudah lama terbenam di dalam tanah,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE