Abdul Karim Rahman Hamzah
Abdul Karim Rahman Hamzah 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kempen berslogan iklan 'More to Discover' itu mengajak pelawat datang sendiri ke Sarawak untuk meneroka tarikan yang ada di negeri berkenaan.

"Kempen ini juga akan menjadi ciri utama pameran perdagangan dan pengguna antarabangsa kami dengan pasaran tumpuan di Eropah, Australia, China dan rantau ini," katanya pada pelancaran kempen itu di sini.

Katanya kerajaan negeri juga gembira dengan sokongan rakan kongsi Tourism Malaysia yang akan membantu Sarawak dari segi promosi di seluruh dunia.

Beliau berkata pelancaran kempen itu juga tepat pada masa susulan penerbangan terus Royal Brunei Airlines yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan United Kingdom, Melbourne (Australia) dan beberapa bandar raya lain di Asia utara menerusi Kuching.

Selain itu, AirAsia juga melancarkan laluan Sibu-Kota Kinabalu dan Bintulu-Kota Kinabalu bermula 1 Jan, katanya, menambah penerbangan carter dua kali seminggu Haikou-Kuching akan bermula pada pertengahan bulan ini. -- BERNAMA