Daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan kes HFMD tertinggi iaitu 6,333 kes, diikuti 2,727 kes di Selangor, Johor (919), Kuala Lumpur (661), Perak (642) dan Sabah (593).

Secara puratanya, terdapat 964 kes HFMD dilaporkan di negara ini dalam tempoh seminggu.

Walaupun jangkitan penyakit itu adalah terkawal, namun usaha perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai khususnya kanak-kanak tentang langkah pencegahan bagi mengelak HFDM merebak.

Menyedari keperluan itu, syarikat pengeluar produk penjagaan diri dan isu rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Antabax) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menganjurkan aktiviti pendidikan dan kesedaran tentang keperluan mengurangkan penularan HFMD dan penyakit berjangkit lain di seluruh negara.

Pengurus Kumpulan (Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri dan Isi Rumah) Antibax, Angeline Sim berkata, sekolah adalah sumber untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tetapi malangnya menjadi tempat di mana kanak-kanak terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HFMD.

Justeru, katanya, langkah mendidik murid mencuci tangan dengan sabun dan air boleh mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit tersebut.

“Sebab itu, Antabax bersama KPM dan KKM telah bergabung tenaga untuk mengurangkan penularan HFMD dan penyakit berjangkit lain melalui aktiviti pendidikan serta kesedaran interaktif di seluruh negara.

“Kempen ini bermula di Sarawak kerana keperluan segera bagi langkah-langkah pencegahan terhadap HFMD di negeri ini,” katanya berucap dalam Majlis Perasmian Kempen Bulan Kebersihan Kebangsaan 2015 di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi, Jalan Depo di sini semalam.

Yang turut hadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Semerah Padi, Salbiah Tegak.

Sempena kempen tersebut, Antibax turut melancarkan Pertanding­an CLAP (Bersih Tangan Anda, Belajar Bersih Diri Tangan Yang Betul, Mohon Ikuti Langkah Cuci Tangan Yang Betul serta Amalan Sempurna) Antibax Kebangsaan.

Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk peringkat sekolah rendah, mene­ngah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan kategori terbuka.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan itu hanya perlu merakam video yang mempamerkan gaya tepukan tangan pa­ling kreatif berlatar belakangkan lagu tema Antibax berdurasi 30 saat dan sebuah lagu pilihan peserta sendiri juga berdurasi selama 30 saat.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM32,000 bagi empat kategori iaitu sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan terbuka bagi bukan pelajar atau individu yang ingin menyertai bersama keluarga atau rakan-rakan mereka.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Antabax Pertan­dingan CLAP, orang ramai boleh melayari laman web towww.facebook.com/NewAntabax.