Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek tersebut dimulakan pada November tahun lalu sepatutnya disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Katanya, pihak kontraktor berhasrat untuk menyiapkan lebih awal bagi pengerukan sepanjang 43 kilometer (km).

"Kedalaman laluan air itu nanti daripada sekitar tiga ke lima meter kepada sembilan meter ketika paras air biasa.

"Laluan itu dengan lebar antara 160 ke 180 meter juga membolehkan kapal-kapal besar melaluinya meskipun ketika paras air rendah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Lawatan Kerja di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah JPJ negeri, Mohd. Shafiq Anas Abdullah.

Tambahnya, tidak ada lagi masa menunggu dan pelabuhan dapat beroperasi 24 jam yang memberi kesan signifikan kepada ekonomi serta perniagaan di sekitar Kuching. - UTUSAN ONLINE