Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang, meskipun penanguhan projek tersebut telah dibuat namun terdapat daerah seperti Samarahan yang memerlukannya.

Katanya, penduduk di situ mahukan kemudahan LRT berikutan soal kesesakan lalu lintas yang berlaku meskipun sudah keluar awal pagi.

LRT di Sarawak
ABANG Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan kunci diantara Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Abang Mat Ali Abang Masagus yang menerima replika kunci daripada Pengerusi San Chin- BBC JV Sdn. Bhd., Datuk Barry Yek Sie Hui ketika majlis Penyerahan kunci Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Stampin sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

"Jika memerlukan, kita akan melihat dan mempertimbangkan semula dan janganlah lihat sebagai isu politik.

"Kita mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat, maka sekiranya perlu kita akan melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Stampin, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapaee.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Abang Mat Ali Abang Masagus dan Pengerusi San Chin- BBC JV Sdn. Bhd., Datuk Barry Yek Sie Hui.

Pada majlis itu, Abang Johari juga meluluskan peruntukan sebanyak RM185,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu bagi kemudahan keselamatan dan peralatan yang kurang bagi murid dan guru.

Isu LRT Sarawak
ABANG Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan kunci diantara Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Abang Mat Ali Abang Masagus yang menerima replika kunci daripada Pengerusi San Chin- BBC JV Sdn. Bhd., Datuk Barry Yek Sie Hui ketika majlis Penyerahan kunci Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Stampin sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

Sementara itu, Abang Johari memberitahu, pembinaan perbandaran baharu di sini perlu mempunyai kawasan riadah bagi kegunaan komuniti dan sekolah seperti yang dilihat hari ini.

Menurutnya, melalui kerjasama pintar antara kerajaan dan swasta ianya mewujudkan keadaan menang-menang kepada kedua pihak yang juga memberi manfaat kepada rakyat. -UTUSAN ONLINE