Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan tersebut hanya tinggal tiga peratus untuk disiapkan.


“Hanya kerja-kerja membina bahu jalan dan penurapan yang tinggal untuk dilaksanakan.


“Berdasarkan taklimat yang disampaikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, kita jangkakan projek ini siap awal iaitu hujung bulan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyiapan Kerja Akhir Penyambungan Jambatan Batang Samarahan di tapak projek, sebentar tadi.


Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Samarahan , Rubiah Wang dan Residen Bahagian Samarahan, Ibrahim Lumpu.


Jambatan sepanjang 774 meter merentangi Batang Samarahan itu mula dibina pada 30 Januari 2015 dengan kos pembinaan sebanyak RM93.88 juta.


Mengulas lanjut, Fadilah memberitahu, beliau berharap tidak ada masalah seperti cuaca dan sebagainya yang boleh melambatkan kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan.-UTUSAN ONLINE