Pejabat ketua menteri berkata delegasi pertama diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCIM Sdn Bhd, Hu Kwan.


"Hu memberikan gambaran keseluruhan pelaburan semasa OCIM di Sarawak kepada ketua menteri dan memberikan taklimat mengenai rancangan pelaburan baharu syarikat," menurut kenyataan tersebut.


OCIM Sdn Bhd mengendalikan loji polisilikon dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 14,000 tan di Zon Perindustrian Samalaju, Bintulu dan mempunyai 700 pekerja.


Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan CEO Dongjin Semichem Co Ltd, Boo-Sup Lee.


Syarikat itu yang melabur di Sarawak adalah pengeluar bahan paparan panel rata dan semikonduktor terkemuka, bahan untuk sumber tenaga alternatif dan agen pembusa. - BERNAMA