Naroden Majais
Naroden Majais 

Beliau yang juga Menteri Muda Usahawan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak berkata, beliau akan memberikan kejasama penuh kepada SPRM.

"Oleh kerana perkara itu sudah dilaporkan kepada SPRM, lebih baik ia diserahkan sepenuhnya kepada mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dua hari lepas Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan yang mendakwa Naroden menyalahguna kuasa bagi tujuan peribadi.

Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan bekas wartawan Joseph Tawie membuat laporan di pejabat SPRM di Jalan Tun Jugah di sini pada 8 Feb lepas, yang mendakwa Naroden, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gedong, memiliki tanah yang luas sekitar Simunjan.

Dalam kenyataan yang sama, Naroden turut merujuk kepada satu kes mahkamah.

"Memandangkan perkara berkenaan masih menjadi kes mahkamah, saya tidak boleh membuat sebarang komen mengenainya, bagi mengelak 'sub judice'," katanya. - BERNAMA