Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berkata kritikan anggota tersebut menerusi catatan dalam Facebook adalah pandangan peribadinya sendiri.


Jofri Jaraiee
Jofri Jaraiee 

Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dilaporkan berkata dalam akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa polis telah menahan anggota Pas berusia 40 tahun itu selepas pembantu Anggota Parlimen Lanang Alice Lau membuat laporan.

Anggota Pas itu dikatakan berkata menerusi catatan tersebut bahawa empat Anggota Parlimen DAP akan binasa kerana gagal menganjurkan kempen 'kembali ke sekolah' di kawasan yang diwakili.


"Biarkan polis menyiasat kes ini. Ia berupa pandangan peribadi anggota Pas dan ia tidak ada kaitan dengan Pas Sarawak, "kata Jofri kepada Bernama. -- BERNAMA