Beliau yang merangkap Presiden SABATI diiringi oleh Timbalan Presidennya yang juga isteri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas iaitu, Datin Doreen Mayang.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat SABATI, Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah; Pengarah Pusat Jantung HUS Samarahan, Dr. Mohd Asri Riffin; Timbalan Pengarah Perubatan HUS, Dr. Hayati Jaafar dan Timbalan Pengarah Klinikal HUS, Dr Norinawati Abang Daud.

Dalam lawatan itu, Juma’ani telah menyampaikan sumbangan berupa buah limau mandarin dan ‘ang pau’ kepada 110 pesakit.

Pada sebelah petang pula, rombongan itu meneruskan lawatan bagi tujuan sama ke HUS di Kuching.

Seramai 45 pesakit kanak-kanak yang dirawat di Wad Kanser Kanak-kanak dan 120 ibu baru melahirkan anak di Wad Bersalin menerima sumbangan Tahun Baharu Cina daripada SABATI. - UTUSAN ONLINE