Pengarahnya, Mohd. Syafiq Anas Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 38 siri SKSJ telah dijalankan di seluruh negeri yang diperkenalkan sejak 2009.


“Program SKSJ bertujuan memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat khasnya di kawasan luar bandar yang berusia 21 ke atas mendapatkan lesen memandu.


“Selain itu, peserta program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk mengeratkan silturrahim dengan masyarakat setempat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan SKSJ Khas Kota Samarahan anjuran bersama Komuniti 1Malaysia dan JPJ di Kompleks Sukan Asajaya sebentar tadi.


Yang turut hadir bekas penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.


Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 664 orang peserta telah mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian dalam SKSJ Kota Samarahan.


“Ke semua mereka yang mengikuti program ini telah lulus dan layak mendapat lesen memandu kelas B2.


“Kita harap dengan adanya program seumpama ini lebih ramai masyarakat mendaftar untuk mendapat lesen yang sah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE