Menurut Baru, pelantikan Chee How dan Roland bertujuan membantu beliau dalam menangani semua perkara atau isu yang berkaitan kementerian di dua negeri berkenaan.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Chee How dan Roland sebagai pegawai khas yang mewakili saya di Sarawak dan Sabah.

“Mereka telah menerima pelantikan atas dadar pro bono dan diberi kuasa untuk mewakili saya dalam perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya di Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Baru berkata, tujuan utama pelantikan tersebut adalah untuk membantu beliau dalam menangani semua perkara atau isu yang memerlukan perhatian dan tindakannya tanpa dihalang oleh protokol terutama pandangan, cadangan dan saran daripada mereka yang tidak mempunyai akses terus ke kementerian. - UTUSAN ONLINE