Pengerusi MPB Larry Sng Wei Shien berkata pekebun kecil merupakan nadi dalam rantaian pengeluaran lada negara dan kerajaan komited membela nasib mereka dengan meneruskan bantuan berbentuk input pertanian, peralatan ladang, latihan dan khidmat nasihat di bawah skim seperti tersebut.

"Oleh itu, para pegawai (MPB) yang terlibat dalam pemberian bantuan hendaklah memulakan tugas mulai sekarang memaklumkan para pekebun berminat supaya mendapatkan borang permohonan dan penerangan lanjut berkaitan bantuan tersebut.


"Sebagai warga kerja MPB, anda memegang amanah dan bertanggungjawab memastikan segala dasar-dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya bagi menjayakan agenda transformasi negara," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan sanbutan pra-Krismas MPB di sini, malam tadi.

Seramai 28 pegawai dan kakitangan MPB menerima APC itu manakala 11 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) pada majlis berkenaan. - BERNAMA