Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jumlah pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang ditugaskan kali ini meningkat berbanding 17,097 anggota pada tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 7,192 orang merupakan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diikuti 5,000 orang (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), 3,281 orang (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), 2,469 orang (Polis Diraja Malaysia), 1,089 orang (Jabatan Sukarelawan Malaysia), 1,087 orang (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan 1,070 orang (Jabatan Kesihatan Sarawak).

“Kita turut meletakkan kesemua aset iaitu lima helikopter, 197 lori, 325 kenderaan pacuan empat roda, 280 bot dan 50 ambulans milik pelbagai jabatan dan agensi dalam keadaan bersiap sedia.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah membuat persediaan untuk membuka 610 pusat pemindahan, manakala 165 pembekal logistik dilantik bagi memberikan perkhidmatan pembekalan di 12 pangkalan hadapan di Kuching, Kota Samarahan dan Miri,” katanya dalan sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini petang ini.

Mengulas lanjut, Douglas Uggah memberitahu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan selama tiga hari semasa musim monsun timur laut ini boleh mengakibatkan banjir.

Beliau berkata, sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko keadaan banjir akan menjadi lebih buruk.

“Sehubungan itu, semua pegawai Residen telah diarahkan untuk mengaktifkan bilik gerakan banjir di kawasan masing-masing pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, cuti para petugas di bawah JPBNS juga dibekukan berkuat kuasa hari ini. - UTUSAN ONLINE