Richard Tajan
Richard Tajan 

Kontroler Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Richard Tajan menjangkakan jumlah perjalanan tersebut cukup bagi menampung permintaan masyarakat yang pulang ke kampung masing-masing di Bahagian Sibu dan juga Kapit.


"Jumlah tersebut adalah memadai namun ianya akan ditambah sekiranya ada permintaan pengguna dan pengusaha bot ekspres," katanya.


Beliau berucap semasa Pelancaran Operasi Penguatkuasaan Sungai Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Terminal Penumpang Sibu di sini hari ini oleh pengerusi LSS Dr. Murni Suhaili.


Mengenai operasi tersebut beliau berkata, fasa pertama diadakan hari ini sehingga Ahad manakala fasa kedua dari 9 Feb hingga 10 Feb bagi memastikan tidak berlaku kemalangan sungai dan para penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.


Operasi itu juga katanya bertujuan memberitahu orang ramai tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan para pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh LSS.


Beliau turut memberitahu bahawa pengangkutan sungai akan masih digunakan dalam tempoh empat ke lima tahun lagi meskipun pada masa itu sudah ada jalan raya bagi menghubungkan Sibu dengan Kapit.


Ini kerana katanya, masih ramai yang akan memerlukan pengangkutan tersebut khasnya mereka yang tinggal di kawasan tebingan sungai sepanjang Sungai Rajang.


Sementara itu Dr. Murni dalam ucapannya berkata kempen keselamatan pengangkutan sungai akan diteruskan bagi memberi kesedaran kepada pengguna dan pengusaha pengangkutan tersebut.


"Ini adalah penting lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina ini," katanya.


Beliau kemudiannya mengedarkan risalah keselamatan kepada penumpang bot ekspres di terminal penumpang tersebut. - BERNAMA