Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana keputusan itu bukan sahaja perlu melihat senario politik di Sabah sebaliknya mengambil kira Malaysia secara keseluruhannya.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum memutuskan keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau negeri di Sabah lebih awal.

“Apa yang penting, implikasi positif perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan pilihan raya,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan secara serentak mesyuarat cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Kinabalu di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman; Bendahari UMNO negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda. - UTUSAN ONLINE