Mohamad Pajeri Ali
Mohamad Pajeri Ali 

Komandernya, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata aset keselamatan itu akan ditempatkan masing-masing dua di Sandakan dan Lahad Datu.


"Tahun 2019 ini kita akan atur gerak aset serta tenaga kerja kita bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dalam menangani isu ancaman peringkat antarabangsa melibatkan kumpulan penculikan untuk wang tebusan, serta Abu Sayyaf.


"Pada tahun ini juga kita akan bergerak secara 'offensive' dan bukan lagi 'defensive' dalam memerangi jenayah rentas sempadan bersama ESSCom di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perhimpunan dan pemakaian pangkat pegawai rendah polis di sini hari ini.


Sementara itu Muhamad Pajeri berkata banyak perancangan dilaksanakan pada tahun ini dan antaranya ialah rancangan penubuhan satu pasukan elit iaitu Unit Gempur Marin (Ungerin) bagi melancarkan gerakan ofensive memerangi jenayah rentas sempadan.

Katanya selain itu pihak pengurusan di Ibupejabat Polis Bukit Aman turut merangka pelbagai logistik sokongan untuk memantapkan keselamatan di Sabah, antaranya cadangan pembelian dron untuk operasi di Sabah serta keperluan kelengkapan canggih bagi unit risikan.


Mohamad Pajeri berkata sepanjang tahun lalu pihaknya berjaya menyelesaikan 1,493 kes jenayah yang melibatkan nilai rampasan RM18.7 juta.


"Tahun 2018 merupakan tahun mencabar bagi PPM namun penugasan dilakukan sentiasa dirancang dan diperhalusi bersama ESSCom," katanya lagi. - BERNAMA