Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, keempat-empat mangsa terdiri daripada remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun masing-masing seorang lelaki dan tiga perempuan.

“Semua mangsa dijadikan hamba seks dan tiga perempuan turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di daerah ini.

“Pada awalnya, mangsa ditawarkan pekerjaan sebagai pelayan direstoran di Lahad Datu menerusi aplikasi WeChat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE