Katanya ia diperoleh menerusi peruntukan Anggota DUN dan kapasitinya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.


Ewon Benedick
Ewon Benedick 

"Naik taraf jalan raya di kawasan DUN Kadamaian ini menjadi fokus saya dalam tempoh lima tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019 DUN Kadamaian di Kampung Taginambur dekat sini, hari ini.

Beliau yakin peruntukan untuk pembangunan di kawasan DUN itu akan meningkat sehingga akhir tahun ini untuk dilaksanakan di 74 kampung yang ada.


Menurutnya peruntukan terbaru diterima untuk DUN Kadamaian, diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis hari ini.

Katanya peruntukan itu akan digunakan untuk membina sebuah bangunan dan naik taraf kawasan Tamu Pekan Taginambur. - BERNAMA